Wednesday, April 2, 2014

USTAZ MENDAPAT BAYANGAN PESAWAT MH370 DISEBUAH PULAU??


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira..“MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.


KLIK DISINI untuk cerita seterusnya.

APA SUDAH JADI DENGAN DS ANWAR?


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya rayuan pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya, kata seorang pemimpin PKR.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini hari ini dan esok.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin berkata prosiding saat akhir itu merupakan langkah politik kerajaan BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

KLIK DISINI untuk cerita seterusnya.